hurm..bace n amalkan..
Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun…"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)
Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun…"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)
Assalamualaikum..
Beza Lelaki& Wanita
a) Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis dara ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri,dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri,ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu,kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
b) Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini,dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak,seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya,anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya,ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu,puasa di bulan Ramadhan,taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita …..
Sabda Baginda Nabi saw yang bermaksud;
" Pada hari itu (hari Qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Wallahu A’lam…
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya.Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.Bila dipandang,banyak hati lelaki akan tergoda.Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’.Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan.Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian kepada luaran.Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik,mesra dan lemah-lembut.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang mahram." - Hadis Rasulullah saw riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita,terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi, sedangkan hanya setelah terikat baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya. Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik,sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga,bukannya rupa. Maksudnya,pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Wallahu A’lam…
Hayatilah untuk renungan bersama….
Saya suka tengok jari awek saya…cantik betul..
sungguh! sampai takut nak pegang…bukan takut
patah… tapi takut nanti jari kitorang tak boleh
tolong each other di satu hari yang giler forever
depan yang maha Esa…
saya suka tengok rambut awek saya…cantik
betol… sungguh! sebab tu saya belikan tudung…
bukan sebab jeles orang lain tgk jugak…. tapi
sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia
sampai bila2… takut nanti terbakar dek api
neraka di suatu hari yang giler forever
saya suka tgk body awek saya…cantik betol…
sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong
supaya mase die dating dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi cantik dan berseri
menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.
pheh syoknye…
saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan
rindu kat saya… saya pun macam tu jugak,ada
problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa…
semoga lebih cintakanNya dari saya…
saya sedih tengok awek saya selalu pesan
macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2
tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla
bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn
asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun..
berdosanye saya….
kesimpulannya saya memang sayang dia.. nak
jumper die giler forever.. yang forever punye
forever.. di dunia dan akhirat terutamanya,
janji nak share heaven sama2.. bahagia
selamanya…
semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun
infiniti… nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas
ni… semoga kami menginsafi diri… Ya Allah
ampunkanlah kami…. semoga kami dapat
bersama selamanya nanti…
Amin..
Love your life.
Believe in your powers, and your potential,
And in your own goodness.
Wake every morning with the awe of just being alive.
Discover in each day the magnificent,
awesome beauty of the world.
Explore and embrace life in yourself,
and in everyone you see each day.
Reach within to find your own special being.
Amaze yourself and arouse those around you
to the potential of each new day.
Donbt be afraid to admit that you are less than perfect;
this is the essence of your humanity.
Let those who love you help.
Trust enough to be able to take.
Look with hope to the horizon of each new day,
For today is all we truly have.
Live this day like it were your last.
Let a little sun out as well as in.
Create your own rainbows.
Be open to all possibilities.
Always believe in Miracles.
forward from others source..
Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak tahulah. (sebab aku nih lelaki aku pun tak tahu). Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan…
Dari mana datangnya gas kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut. Apakah yang membuatkan kentut busuk? Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.
Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan. Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa? Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.
Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.
Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain? Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.
Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.
Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati. Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan? Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut.Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.
Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya. Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut? Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.
Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.
Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.
Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
Ada. Pernah tengok ‘Just For Laugh’ di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut. Adalah kura-kura kentut? Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.
Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi? Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global. Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut? Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.
Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila: a) Pengentut menghidap cirit-birit b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir) c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan. Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat? Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.
Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain. Adakah kentut mampu membunuh? Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.
Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
Makanan yang pedas dan berempah. Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik. Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah…
Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran. Adakah para moderator dan administrator di Jiwang.Org juga kentut? Mereka juga manusia biasa. Ada yang menjadikannya sebagai suatu hobi. Cuma apabila dituduh mereka akan cepat-cepat mengunci topik itu. Tak kiralah berapa banyak post atau berapa besar pun kuasa mereka. Mereka tetap kentut.
Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.
Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara. Diambil dan disesuaikan dari: Facts on Farts oleh Brenna Lorenz Artszfar, signing out…… preeett! ahhhh….
Sesuatu yg anda x perasan @ terfikir…
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda
dalam
beberapa cara.
3 . Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin
menjadi
seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
sebaliknya.
11 . Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya,tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan
memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki
hamun,
caci & cela.
1 4. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa
senang
bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan
untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk
menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan
hantarkan
juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan
pendek
untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak
menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan
anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada
seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
no one can make me feel great accept one..one n only..oh god, accept u.. there’s another who can make me feell better..please protect him..
Well if you wanted honesty, that’s all you had to say.
I never want to let you down or have you go, it’s better off this way.
For all the dirty looks, the photographs your boyfriend took,
Remember when you broke your foot from jumping out the second floor?
I’m not okay
I’m not okay
I’m not okay
You wear me out
What will it take to show you that it’s not the life it seems?
(I’m not okay)
I told you time and time again you sing the words but don’t know what it means
(I’m not okay)
To be a joke and look, another line without a hook
I held you close as we both shook for the last time take a good hard look!
I’m not okay
I’m not okay
I’m not okay
You wear me out
Forget about the dirty looks
The photographs your boyfriend took
You said you read me like a book, but the pages all are torn and frayed
But you really need to listen to me
Because I’m telling you the truth
I mean this, I’m okay!
(Trust Me)
I’m not okay
I’m not okay
Well, I’m not okay
I’m not o-fucking-kay
(Okay!!!)
every body says i played well last match ..i’m not concern at all..juz worried bout my back bone..it;z gettin worse.. god,please help me..
Long ago
Just like the hearse you die to get in again
We are so far from you
Burning on just like a match you strike to incinerate
The lives of everyone you know
And what’s the worst you take (worst you take)
from every heart you break (heart you break)
And like the blade you stain (blade you stain)
Well I’ve been holding on tonight
Came a time
When every star fall brought you to tears again
We are the very hurt you sold
And what’s the worst you take (worst you take)
from every heart you break (heart you break)
And like the blade you stain (blade you stain)
Well I’ve been holding on tonight
Can you hear me?
Are you near me?
Can we pretend to leave and then
We’ll meet again
When both our cars collide?
What’s the worst that I can say?
Things are better if I stay
So long and goodnight
So long and goodnight
And if you carry on this way
Things are better if I stay
So long and goodnight
So long and goodnight ………………………….
Why i repost this attachment?..manusia perlu terus diingatkan..baru2 ni terjadi kat member aku..so,beringatlah..n pleaze, be open..one day a man have to take care about this..so,ilmu perlu dikongsi..
1) Barah Payudara lebih kerap menyerang wanita yang melebihi 45 tahun Penyakit barah payu dara adalah penyakit yang lazimnya tidak menyerang mereka yang muda usianya! Sekiranya anda berumur dibawah umur 30an, maka risiko untuk anda menghidap penyakit ini adalah rendah. 90% daripada kelainan payudara bukanlah barah!
2) Ramai yang mengenali seseorang yang diserang barah payudara… Kaum wanita zaman ini lebih peka dengan isu serta permasalahan penyakit payudara. Ini adalah kerana penyakit ini pastinya pernah menyerang seseorang yang mereka kenali. Ianya mungkin kaum keluarga, sahabat handai atau rakan sekerja di pejabat.
3) Wanita yang menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan atau lebih kurang berisiko untuk mendapat barah payu dara Satu pandangan dan pendapat terkini. Penyusuan ibu bukan sahaja bermanfaat untuk anak tetapi juga ibu yang menyusukan
4) Bagaimana mengurangkan kehilangan nyawa daripada barah payudara? Pengesanan awal adalah kuncinya… Langkah pencegahan penyakit barah payu dara berupaya untuk mengurangkan angka kehilangan nyawa serta penderitaan akibat daripada penghidapan penyakit tersebut. Usaha pengesanan awal adalah kunci utama dalam menangani penyakit barah payudara.
5) Kesihatan anda tertakluk kepada diri sendiri anda Amalan kesihatan payudara adalah terletak di tangan anda! Usia dan kesibukan bukanlah halangan untuk anda menguruskan kesihatan payudara anda.
6) Ketahui Serta Kenalilah Payu Dara Anda …Lakukan PSP Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) memang boleh dilakukan secara sendiri tanpa perlu berjumpa doktor, tetapi adakah anda melakukannya? Ianya haruslah dilakukan apabila seseorang individu itu mula mencecah usia belasan tahun. Ianya haruslah dilakukan selang tiga hari selepas berakhirnya haid mereka, setiap bulan atau pada masa yang lebih kurang sama dalam pusingan haid. Sikap tidak peduli, kesibukan dan kurang yakin dengan boleh diatasi dengan ujian EIT yang semudah pemeriksaan sendiri payudara
7) Untuk mereka yang berumur 30-39 tahun – pemeriksaan klinikal payudara diperlukan Selain daripada PSP, mereka yang berumur di antara 30-39 tahun sepatutnya menjumpai pengamal perubatan setiap 2 tahun sekali untuk ujian klinikal walaupun tidak mengalami kelainan payudara. Ujian klinikal iaitu yang dimaksudkan disini sebagai Ujian EIT boleh dilakukan bersama ujian PAP smear secara berkala. Juga boleh dilakukan secara berasingan dan lebih kerap seperti setiap 6 bulan sekali
Secara am, anda tidak memerlukan pemeriksaan ultrasound ataupun mamografi kalau payudara anda terasa normal Ini adalah pendapat yang agak terkebelakang. Walaupun PSP mungkin mencukupi sebagai langkah aktif tetapi ramai yang tidak melakukannya. Pemeriksaan saringan ultrasound atau EIT perlu dijalani jika terasa kelainan pada payudara anda. Pengimbasan mamografi kurang popular kerana kesan sampingan radiasi dan menyebabkab kesakitan terutama kepada wanita yang payu daranya bersaiz kecil, oleh itu lebih sesuai untuk kaum wanita yang usianya melebihi 40 tahun. Namun begitu Ujian mamografi diperlukan sebagai langkah pengesahan terhadap keputusan positif EIT dan juga ultrasound, juga untuk mereka dari golongan berisiko tinggi seperti yang mempunyai riwayat keluarga pengidap barah payudara..
9) Rasa kebimbangan yang keterlaluan tidak sihat Rasa kebimbangan yang keterlaluan terhadap payu dara anda bukanlah sesuatu yang sihat! Sebaliknya, tidak berpengetahuan dan tidak ambil peduli mengenai kesihatan payudara tidak bererti anda akan senang hati selamanya.
10) Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan banyak makan makanan berlemak mempunyai lebih risiko mendapat barah payu dara Ini adalah fakta yang menakutkan dan melibatkan ramai wanita. Menu makanan Malaysia yang agak kurang menitik beratkan kesihatan dan lebih kepada rasa yang sedap dan lazat mungkin menyumbangkan kepada kenaikan kadar barah payudara