Part of my life..

“Once upon a time,this blog 90% is all about my life.Butta…Now,totally no time to blogging. But as die hard blog writer,I try to archieve 45%. The other 55%, dll “.

Archive for February, 2006


marah kerana cinta..bukan kerana benci..

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI 

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi @ www.fitrahperkasa.net
Saya masih ingat sikap `unik’ (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang’ atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik’ itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh – nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.   
Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan. 
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"
Saya senyum. 
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita…"
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."
"Encik takut?"
Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian… Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar’ cara hidup mereka. Itu lebih relevan."
Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar’ ini mula mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti. 
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah  buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?"
Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila  Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.   
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta… "
Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.
Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing’ siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. . 
Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya…"
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"
"Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan’ kepada musuh-musuh yang menghinanya."
Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

Laskar Cinta

Wahai jiwa-jiwa yang tenang
berhati-hatilah dirimu
kepada hati-hati yang penuh
dengan kebencian yang dalam

Karena sesungguhnya iblis
ada dan bersemayam
di hati yang penuh dengan benci
di hati yang penuh dengan prasangka

laskar cinta…

Sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
virus yang bisa rusakkan jiwa
dan busukkan hati

laskar cinta…
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
karena cinta adalah hakikat
dan jalan yang terang bagi semua
umat manusia

Jika kebencian meracunimu…
kepada manusia lainnya
maka sesungguhnya iblis
sudah berkuasa atas dirimu

maka jangan pernah berharap
AKU akan mengasihi
menyayangi manusia-manusia
yang penuh benci seperti kamu..

wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi

bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
serta kekuatan untuk menentukhan kebenaran yg sejati

bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda

bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata

De_water_frontxxxx_1

uptown baru sucks!

aih..life getting worse..actually i dunno ..my life is gettin’ worse or..hell worse or better..seems like..my soul is free rite now..sum thing/feelings dat vomit out of my body since semester break last week..i dunno..confuse..but..i’m realize dat rite now,when i do/did sumthing,or feels/felt sumthin’,i feels free…free from what?i dunno..but it make me better n my creed moving forward to do everything is damn guud…alhamdulillah..n who i’m actually suppose to grateful n felicitate?..i think sumone made up my mind,my soul,my feelings n bring me out from cocoon of misery.. n believe me,i will not dissapoint him n dun him let go from my life anymore. i will find him n make him happy same same he/she did to me..i’ll try..but sibuk la sekarang,assgmnet lar,final project lar..rase nak terajang je sekor2 lecturer tuh..haih..hehe..now,it works..my soul feelings better rite now..hehe..it’s time to be the nex inspector gadget..or be next malaysian top model..haaahahaha..chow..

Picture_0092

<<– next generation of hell boy.."The Bellboy" from hell..huaheehe..mereng da aku nih.. da xleh handle da..huhu

p/s: sure korang pelik,tajuk xde kena mengena ngan criter…haha..memang uptown baru sucks mcm uptown selayunk..cam pasar ba alif ba ya..faham2 sendiri..tapi makan kat sane tetap ronggeng dude! pieceful n comfort..tapi nak cari barang,kureng menarik skit..cam kat pasar satok…huhu..chow