Archive for January, 2007
Our lovely lecturer,Mr.Muhammad bin Awad…
26.1.07-dinner with my sudanese lecturer..die nak blah in the end of Feb following the contract..almost 7 years ade kat cni..he arrive around 2000 , do a Master and then PHD til 2006..2 tahun kat UIA wat master,and 5 tahun jadi lecturer kat Kay u..sambil2 tu,wat PHD kat UPm..when he move back to to Sudan, after konvo at UPM around August,he will get and use a title "DR. Muhammad Bin Awad"… Disini guA selitkan gambar-gambar kitorang bersame2 lecturer kitorang yg tersayang(tgok kat photo album)…almost 4 subj,he teaches our batch..so dikesempatan ni,gua mau ucapkan thousand thanx diatas ilmu yg diberikan,kesabaran melayan kerenah kitorang yg kadang2 agak x terkawal, dan maafkan segala kesalahan dari hujung rambut hingga hujung kaki..Smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..insyaAllah …Ameeen…
Ku harap hari esok kilauan mata mu terus bersinar menyinari jiwaku yang kegelapan dan dihadapanku terlukis raut wajah mu tersenyum untuk seribu tahun lagi.
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
10 Muharram bersamaan Isnin, 29hb Jan 2007
<!–
@page { size: 8.5in 11in; margin: 0.79in }
P { margin-bottom: 0.08in }
–>
14 perkara yang sunat dilakukan pada
hari Asyura (10 Muharram,
bersamaan Isnin, 29hb Jan 2007)
1. Melapangkan masa / belanja anak
isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan
hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya
dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah
akan memasukkannya ke dalam
golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan
cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan
sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya
daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti
dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua
fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan
hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit
berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat
hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada
tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir
seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan
dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang
sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat
pertama dan kedua selepas fatihah di baca
Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
"ham biallahhu wa nik mal wa
kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti
memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.
14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari
sunat hari Asyura kerana Allah
Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali
Haji, seribu kali umrah dan
seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada
neraka.
Semoga bermanfaat dan dapat
dipanjangkan kepada yang lain-lain…
Sujud_untuk ingatan diri sendri…dan untuk dikongsi bersama kawan2 insyaAllah..
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud
pula
boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat
asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah
dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah
kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur
dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan
menambahkan
kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan
migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus
menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat
saraf
di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak
manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan
sempurna.
renungan untuk khusus untuk diri sendri dan tuan-puan amnya..
Air Mata..
AIR MATA
"… dan bahwasanya Dia lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis" (An Najm: 43)
Ada 10 jenis tangisan menurut Ibnul Qayyim:
1. menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2. menangis kerana rasa takut
3. menangis kerana cinta
4. menangis kerana gembira
5. menangis merasa hina dan lemah
6. menangis kerana menghadapi penderitaan
7. menangis kerana terlalu sedih
8. menangis untuk mendapat belas kasihan orang
9. menangis orang munafik - pura-pura menangis
10. menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
Allah yang menciptakan tawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.
Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir
ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering
ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti,
kalaulah air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela dan terpuji
Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung
dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan yang sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka
Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata
kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak
akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seseorang dari
suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati."
Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali
air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam as
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana
takutnya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas
gunung dan air matanya mengalir ke jurang. Dari air matanya itulah
Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,
"manis sungguh air ini"
Nabi Adam mendengarnya menyangka burung itu mempermainkannya,
lalu ia memperhebat tangisannya.
Allah mendengar dan menerima taubat nabi Adam dan mewahyukan,
"Hai Adam sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air lebih lazat
daripada air mata taubatmu!
Air mata yang tidak dituntut
Tidak perlu menangis kalau tak tercapai cita-cita, Allah yang telah menentukannya.
Tidak perlu menangis menonton filem India , itu kan cuma sandiwara.
Tidak perlu menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Allah tetapkan.
Tidak perlu menangis jika gagal dalam ujian mungkin kita kurang membuat persiapan.
Tidak perlu menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah.
Tidak perlu menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, kerana rezeki itu adalah pemberian Allah.
Alangkah baiknya…
Menyimpan air mata-air mata tangis sebagai bekal menginsafi segala
maksiat yang melanda diri, segala dosa yang mengkelamkan hati sehingga
sukar untuk menerima hidayah Allah swt.
Serulah air mata itu dari balik kelopak mata agar menitis membasahi dan
mencuci hati, kiranya ia putih kembali dan semoga ia dapat melebur dosa
dan mendapat ampunanNya.
Rasulullah SAW telah bersabda: " Ada dua biji mata yang tidak tersentuh
api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada
Allah SWT dan dua biji mata yang berjaga fi sabilillah di waktu malam"
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari kiamat,
seseorang yang berdzikir sendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT
dan bercucuranlah air matanya."
Jika tubuh seorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah
dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.
takziah buat kau din..
takziah din diatas kematian sepupu ko,arwah suhaila..sememangnye aku ingt muke die..dan pernah jumpe die..meh kite hadiahkan al-Fatihah kepada arwah sue..semoga rohnyer dicucuri rahmat..Al-Fatihah~~
seronot nyerrrrrr..
hahaha..seronok tak ingat..rasenyer nak pegi lagi theme park kat ats awan tuh… tp ngan sape ek..haha..tp penat biasele tukan..tp seronok…biase la..time kecik, x dpt nak maen…bile besar2 ni, baru nak maen benda2 lah tuh..terase kanak2 aku rase.. dan fikir balek..mcm tersisih je bile x maen time kecik2…hehehe…xdela..gurau je tuh..