Part of my life..

“Once upon a time,this blog 90% is all about my life.Butta…Now,totally no time to blogging. But as die hard blog writer,I try to archieve 45%. The other 55%, dll “.

Archive for February, 2007


umi-ibu-mama-mom-mummy..imik pun nak jugak?.ehe..

“SAYA hendak balik kampung hujung minggu ini,” Hamisah membuka mulut dengan nada riang.

“Mengapa tiba tiba-tiba saja hendak balik kampung, apahal ni?” Adilah menjawab dengan penuh kehairanan. “Hai, tak tahu hujung minggu ini, 12 Mei, adalah Hari Ibu?,” kata Hamisah.

“Bila kali terakhir awak balik kampung tengok emak awak?,” tanya Adilah.

“Enam bulan lalu, masa Aidilfitri.

Apakah awak tidak mahu balik kampung untuk meraikan Hari Ibu bersama emak?” tanya Hamisah.

“Saya sentiasa memuliakan dan mengingati emak saya sebanyak lima kali sehari, sehabis solat lima waktu, saya mendoakan kesejahteraannya, saya pulang ke kampung sebulan sekali untuk memberikannya wang bulanan sebanyak RM500,” jawab Adilah, tegas.

“Banyaknya awak bagi duit kat mak awak, habis awak hendak makan apa?”, tanya Hamisah, hairan.

“Jasa dan pengorbanan emak mengandung dan melahirkan saya tisak ternilai. Emak berjuang dalam keadaan antara hidup dan mati masa melahirkan saya. Kemudian, emak membesarkan saya dengan penuh kasih sayang tanpa syarat, dari saya sebesar ibu jari. Emak didik saya menjadi orang beriman, menyekolahkan saya hingga jadi warga yang tahu erti tanggungjawab. Tidak ternilai harganya dan tidak terhitung budinya! Semoga Allah merahmati emak saya,” kata Adilah.

“Tetapi mengapa susah-susah sangat, kena balik kampung, kan duit tu awak boleh masukkan saja dalam akaun dia, cukuplah,” kata Hamisah.

Jawab Adilah: “Sebenarnya, saya sangat rindukan renungan redup mata emak. Saya rasa tenang berada bersamanya. Saya pun dapat rasa, emak juga amat rindu pada anak-anaknya. Saya mahu balik memeluknya, mahukan restunya dalam apa saja yang saya kerjakan.

Lagipun Rasulullah pernah mengatakan, memandang wajah ibu bapa dengan penuh kasih sayang adalah satu ibadat. Awak pun tahu, bukan senang hendak buat pahala zaman sekarang ni. Allah bagi pahala percuma, hanya dengan kita melihat wajah ibu kita, Subhanallah.

“Lagipun, emak saya dah tua, kita tak tahu, bila-bila masa saja Allah akan menjemputnya. Saya rasa masa saya untuk melihatnya semakin sedikit. Kita masih muda, duit boleh dicari, tetapi umur ibu tidak akan menjadi lebih muda.

Jawapan itu membuatkan Hamisah sebak. Dalam suara tersekat-sekat, dia berkata, “Terima kasih, Adilah, kata-kata awak tu benar-benar mengusik hati saya. Saya rasa tiba-tiba saja hati menjadi sayu. Saya akan tatap wajah tua emak saya. Saya hendak peluk dan cium emak saya sepuas-puasnya. Saya akan layan dia seperti seorang permaisuri apabila saya balik kampung nanti.

“Saya berjanji saya akan sentiasa mendoakannya paling minimum lima kali sehari semalam ketika dia hidup dan juga apabila meninggal dunia kelak. Saya tidak mahu kesusahan hidup menjadi alasan untuk tidak menunjukkan prihatin dan kasih sayang kepada emak saya. Kesibukan bekerja dan urusan peribadi bukan alasan untuk saya tidak menjenguk dan bertanya khabar emak yang kesunyian di kampung.”

Perbualan dua sahabat itu mengingatkan kita kepada sebuah hadis Rasulullah saw. Daripada Mu’awiyah bin Jahimah As-Salami, Jahimah datang kepada Rasulullah, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi berperang dan aku sekarang datang minta nasihat kepada tuan.”

Baginda bertanya: “Apakah kamu masih mempunyai ibu?”

Dia menjawab: “Masih.”

Baginda bersabda: “Uruslah dia, kerana syurga di bawah kedua kakinya.” (Hadis riwayat Nasa’i, Ahmad dan Ibnu Majah)

Rasulullah memahami keinginan Jahimah untuk pergi berperang dan pada masa sama mengetahui ibu Jahimah sakit dan perlukan penjagaan. Namun, Baginda memerintahkannya mengurus ibunya kerana dengan mengurus ibunya, dia akan mendapatkan balasan syurga. Subhanallah, ada saat tertentu di mana menjaga ibu sakit lebih utama daripada berjihad di jalan Allah.

Menerusi hadis itu, Baginda dengan tegas menerangkan keistimewaan yang Allah berikan kepada ibu, pemegang kunci syurga anak-anaknya. Jika anak mereka berbakti kepada ibunya sesuai dengan tuntutan Islam, Allah akan memudahkan mereka masuk ke syurga. Sebaliknya, jika anak itu derhaka kepada ibunya, pintu syurga menjadi sukar untuk mereka lalui.

Kehormatan tinggi seperti ini hanya menjadi hak seorang ibu dan tidak menjadi hak seorang bapa.

Ini membuktikan bahawa Islam benar-benar mengangkat martabat dan darjat kaum wanita, memperlakukannya begitu terhormat sehingga dijadikan penentu bagi anak-anaknya untuk memasuki syurga stau sebaliknya.

Firman Allah, yang bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah, melahirkan dengan susah payah pula, mengandungkannya, menyusukan sehingga 30 bulan, sehingga apabila dia dewasa dan berumur 40 tahun, dia berkata: Wahai Tuhanku, tunjuklah aku supaya aku mensyukuri nikmatmu yang dengannya Engkau merahmati aku dan ibu bapa, dan supaya aku dapat membuat amal salih yang Engkau redai, berilah kebaikan (perbaikilah aku) kepadaku, dengan memberikan kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang yang berserah diri. Mereka itulah orang yang kami terima daripada mereka amal yang baik, yang mereka kerjakan, dan kami ampuni kesalahan mereka bersama penghuni syurga sebagai janji benar yang dijanjikan kepada mereka,” (Surah al-Ahqaf, ayat 15-16).

Sesungguhnya, memuliakan ibu bukan hanya setakat merayakan sebuah hari yang dinamakan ‘Hari Ibu’. Menyanjung ibu bukan sekadar memperingatinya setahun sekali dengan pelbagai upacara, peraduan, makan-makan, atau memberinya hadiah serta pengisytiharan luaran bersifat material.

Memang benar, sambutan Hari Ibu ada agenda baik di dalamnya, iaitu menjana perhubungan erat antara enak dan ibu bapa. Namun begitu, di dalam Islam, terdapat pendidikan dan pengajaran mengenai amalan dan konsep berbakti kepada ibu bapa yang mencerminkan ketulenan dan keikhlasan, berbanding sambutan Hari Ibu yang seolah-olah menampakkan kepura-puraan dan bersifat materialistik.

Berbakti kepada ibu bapa tidak harus dijadikan sebagai ‘budaya setahun sekali’, sebaliknya, ia mesti dijadikan budaya sepanjang tahun supaya amanah memulia dan memperingati ibu tercinta, dilakukan setiap masa. Malah, banyak ayat dalam al-Quran dan hadis, memberi galakan dan mengajar umat cara berbakti kepada ibu bapa, sama ada mereka masih hidup atau sudah tiada.

Kita seharusnya menjadikan Hari Ibu sebagai ‘peringatan’, apakah semua ibu (wanita) telah diberi ruang dan waktu sesuai dengan fitrah mereka diciptakan. Begitu banyak yang dikerjakan oleh tangan seorang ibu/wanita yang boleh disimpulkan kepada dua. Pertama, betapa berat tanggungjawab ibu/wanita, dan kedua, begitu besar cintanya kepada anak, tanpa membezakan sama ada anaknya perempuan atau lelaki.

Semoga Hari Ibu tahun ini menjadi peringatan kepada kita, juga bagi ibu/wanita, untuk menggunakan ‘tangannya’ dengan sebaik-baiknya, supaya insan kecil yang dididik dan didodoinya, membesar menjadi manusia yang hebat membacakan ayat suci dan tidak memperlecehkan kedudukan wanita/ibu.

Semoga dari ‘tangan’ ibu/wanita ini, akan lahir manusia berbudi luhur yang mengambil berat nasib dan penderitaan insan lain, supaya negara tidak dipenuhi manusia yang hanya tahu memikirkan diri sendiri dan merosakkan alam serta masyarakat sekelilingnya.

KISAH CINTA DAN KAWAN

Satu hari CINTA dan KAWAN berjalan-jalan di
kampung.

Tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam
telaga…

Kenapa..?? Kerana CINTA itu buta.Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam
telaga.

Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa saja demi CINTA.!!
Di dalam telaga, CINTA
hilang.

Kenapa??
Kerana…CINTA itu halus, mudah hilang jika tidak
dijaga,

Sukar di cari apatah lagi dalam telaga yang
gelap.

Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan terus
menunggu…

Kenapa??
Kerana….KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia…

kan ?
So, hargailah kawan kita selagi
kita terasa dia bererti….

Bagi la message in kepada KAWAN2
anda jika mahu mereka tahu yg kamu menghargai
mereka.

kerana terpakse..eceh

hahaha..terpakse tukar name..supervisor aku suroh tukar..sbb name penuh aku panjang sgt…susah die nak hafal dan ingat…terpakse la guna nick name aku kat poli dulu..die kate yg tu snang nak ingt sbb die ade sedare name mcm tuh..name cam jepon ade mcm orang asli pun ade..nak gune nick name time aku  kecik hingga sek teknik, takut orang xnak panggil plak.segan..hehe..so ,let me introduce my self, my name ehem..haha-is "aKai"..hikhik

bila lakan aku nak pakai cincin platinum tak pun perak..haha..

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah:
"halal buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah. ‘ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’ " (Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.
Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.
Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia .org/wiki/ Emas )
Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-
White Golds: What are they?
What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk  :
http://www.gold. org/jewellery/ technology/ colours/white. html
Juga disebut bahawa :-
"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats." (http://en.wikipedia .org/wiki/ White_gold)
Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.
Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan
Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil." ( Rujuk : http://id.wikipedia .org/wiki/ Platina )
Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.
Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
12 Feb 2007
24 Muharram 1427

aku kena kutuk time aku tidur ke,ade org kedekut ngan aku ke.,kena marah pun TAK kisahhh!!!

hey.. warga pesta..hah haha.. sama2..hayunkan tangan..ke kiri ke kanan dan katakan… heyyyy… tepukkan tangan hentakkan kaki..mari menyanyi hiburkan hati ayuh semua di sni lupekan masalah,..mari skuat hati nyanyi..sumbang mambang pun x kisah ..yg pntg harini..suasana meriah..kalau org x puas hati..kena mrah x kisah..woi!!! kekiri kanan depan lagi..didlm hidup ini..ramai sgt bikin susah..nak jaga tepi kain..menyibuk pun x kisah..kiter buat hal sendri..rasa hati x gundah..biar ape org fikir..kena marah pun xkisah..jike gembire tepok tangan..jike gembire hentak kaki.. jike gembire dengar disini..

sume jgn berhenti lg..kerna momentum berubah membina..jerit smpi suare tertinggi..kite bersame dgt sorakan anda..mari ikut aku labih laju..gegakkan suare ke akhir lagu..nyatakan suare pastikan bergema..jadi teruskan rangkap ketiga..hahah.

kite x kenal erti..lbih pasal bertenage.. rase riang di hati..buat umur jadi mudah..mari gelak ketawa..hahahahaa.nnti pulang ke rumah..kena marah x kisah..

selepas ku bilang 4,sume jerit sekuat2..satu dua tiga HOOOOOH!!!!

hampeh..konsert x brape nak best

konsert rentak serantau kat shah alam haritu,sememangnye x brape nak best..especially ella..nyanyi 4 5  lagu jer…hampeh..lagu2 sume yg bukan evergreen..search pun..memang music arrangement search memang meletop,best tp lagu plak…aku xpernah dgr…bukan aku sorang..time die nyanyi tu,ramai senyap je aku tgok..lagu2 evergreen sume xde..sume lagu entah ape2 tah..ade dua lagu je yg best dan selau aku dgr,-nyata dan maya- dan satu lagi ape tah.. tp paling best,inul dan radja..inul perform lagu siti,lagu dewa,lagu "sahara" ,lagu die je dah 7 8 lagu..gelek die lagi..saje je nak bagi naik darah..radja pun dpt penghargaan, perform last skali…baru aku prasan,actually they have a very good songs…dari lagu jujur smpi aku ada kerana kau ada..best siot…terkinja2 din dan marianto…dgn sume indons2 yg dtg buat riot..smpi bertumbuk2…ni yg aku plg x suke dgn indon nih..nak dgr konsert,dgr jela..ni die buat mcm negara die sndri…seb baek aku dpt tiket free..hehehe..thanx wani..so pity u cannt make it…x pe, next time k..but overall,im really not satisfied with malaysian performer..especially..bukan nak salah die gak..maybe sponsor or penganjur yg minta mcm tuh…lain kali,baek x pyh jemput…rasenye mlm tu mlm artis indon..inul dan radja…5 stars performance..next time,come back again to msia…i”ll be there at ur concert …(dlm mimpila)..=p..