Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah
sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia
utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan
bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara
itu…"
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah
menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri
dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun
menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku
dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu.
…."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
disusuli dengan
telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan,
"Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg
merayu"
Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan
menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan
meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa
itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan
kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat
membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi
ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala
perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan,
tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, "
Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."
Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang
sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi
dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah
dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang
ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata,
demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu
mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi
saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang
tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah
hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
PENGAJARAN
YANG BOLEH DI AMBIL……. …..
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG
DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI
MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT