Part of my life..

“Once upon a time,this blog 90% is all about my life.Butta…Now,totally no time to blogging. But as die hard blog writer,I try to archieve 45%. The other 55%, dll “.

Archive for December, 2007


lawak celaka songsang ..salah cakap dan dengar…hehe

Seorang lelaki datang ke hospital dengan semangatnya untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah di hospital.

Doktor : Encik, boleh saya bantu.

Lelaki : Doktor, saya nak buat "castration".

Doktor : Kenapa awak nak buat ?

Lelaki : Kawan baik saya baru sahaja buat. Dia kata sangat bagus untuk saya.

Setelah dipersetujui, lelaki itupun meneruskan pembedahan "castration" nya.

***

Oh,
untuk pengetahuan anda "castration" ialah prosedur mengkasi - iaitu
prosedur membuang kedua-dua testis untuk lelaki. Biasanya dilaksanakan
di zaman Dinasti Cina dulu untuk mengelakkan daripada berkahwin dengan
perempuan. Selepas membuang testis, lelaki tiada nafsu lagi dengan
perempuan.

***

Setelah siap pembedahan, lelaki itu pun dihantar ke wad. Beliau melihat dua orang lelaki sedang terbaring disebelahnya.

Dia pun bertanya:-

Lelaki : Oh, awak juga telah menjalani pembedahan.

Pesakit di sebelah : Ya.

Lelaki : Boleh saya tahu, apa prosedur pembedahan yang awak jalani?.

Pesakit di sebelah : Saya buat "Circumcision" (berkhatan).

Lelaki : Yaaa!!! Itu lah perkataan yang saya nak beritahu doktor tadi !!!

*** Tirai pentas di tutup dengan lagu nyanyian Shidee - " Sayang semuanya sudah terlambat……" ***

Moral : Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…. :)

cepat la balik ck zainol oii..bosan tahap tom cruise dah ni..=p

Haih..3 hari berlalu dgn tiada apa2 kerja..memandangkan
supervisor sy pergi bercuti,mati kutu la sy 3 hari ni..report untuk minggu ni
pun lum tertulis padahal visit lecturer sy will be here anytime.. for report,
still I’ just finish 1st section..for project or else, still
blur..blame my self coz im doing internship at construction company..so, no
project for network unit or IT bla bla bla..IT section here doing maintenance
what so ever..in that point, that is interesting thing..

i’ve learn about networking, configure router, server and so on..personally my supervisor is
good..he have 23 years of experience in this field. So, I respect him so much.
Everyday,I have work to do and settle it. Warak pun warak. Gatal miang tu biase la skit-skit..keh keh…gi mane2 jer, setiap ade internship trainee wat
kat situ, mesti die bawaknye semua kemana-mana. He is relax dan peramah..very
understanding and cool..that’s why I respect him so much..

hurm..Rite now, tgh prepare search new job..hope dpt better
salary..keh keh..keje ape2 pun boleh..jgn angkut najis makhluk pink tu
sudah..haha..upss

3 hari sendirian??..ape perubahan..byk yg positif bagi jiwa yg sensitif..eceh..

salam semua..okla..di diringkaskan cerita..3 hari bekerja sy duduk bersendirian  memandangkan family semua pergi bercuti..so
resultnya =
  - pinggan mangkuk semua telah siap dicuci(cuma sinki je agak kurg bersih)
  - semua baju untuk pergi ke kerja telah dicuci,di jemur dan diseterika..( cume   
    baju2    yg tak berkenaan tu, sy biarkan kat sofa,x berlipat)
- bangun awal tiap2 kul 6 pagi..paling lewat pun 1st day kul 7.50 pg..mmg kelam    
    kabut..tp hari seterusnya, subuh x miss..alhamdulillah..hari2 sebelumnya pun   
    alhamdulillah x pernah miss sbb ade orang kejutkan..
  - isi minyak siap2 pada waktu malam,esoknya tak kelam kabut nak fikir pasal    
    minyak.
   - x pernah miss dengar panggilan hangit..(hari ini dgr cik leya hotfm tu bgtau   
     fafau  kenakan tunang die sendri)..gile ka penyampai hotfm ni..tunang sendri   
     pun  kena hangit..
  - rasa x kekok dah nak bangun pagi..(bagus gak ade internship nih sbb   
    membiasakan diri dgn suasana kerja sebenar)..
  - bangun awal,tidur pun ade sikit awal..dlm kul 11 ke..
  - kurang tgok tv sbb keje kena buat skit2,report pun kena buat..
  - boleh pergi gym petang2..(untung sape keje kat cni,gym pun disediakan)..
  - kena bagi mamat,jerry,colat dan kuning,anak2 bulu makan pagi dan   
    malam..(kucing la)..pastu kena urut la,usap2 la..mcm jaga sendri plak dowh..

so,korang rase byk x sy berubah kalau sy teruskan hidup sorang2..hope sy dah   bersedia menempuh alam pekerjaan..insyaAllah..

pic2 baru…

sy ade upload pic2 baru..kalau rajin,dtg la singgah yea.. don’t hesitate to come…sy alu-alukan..welcome..sawadikap..

http://khailashthebrazoizquierdaoftenken.blogspot.com/

adoi..sengal nye semalam..

Hahaha..semalam buat pertama kali dlm 6 tahun setelah meninggalkan zaman persekolahan, sy memegang jarum peniti dan benang sbb nak jahit seluar…tau x kerana seinci je lubang zip tu pun,dah mengambil masa stgh jam..imagine that setiap jahit 2  3 line,terputus..dah tu satu keje masukkan balik ke dalam lubang jarum plak..kecik plak tu..kalau lubang lain tu, tak tau la sy..(fikir yg baik2 yea)..hehe..

And 1st time harini datang lewat skit ke pejabat sbb bangun lmbt..maklum la family bercuti ke JB..so tinggal sorang2 jela..ingatkan bolela nak nak call kawan2 yg baru kenal,last kena sembur plak..sembur sbb ape?hehe..adela..tp sofar weekend lps okla..x bosan sgt..sabtu gi rolf cup kat bukit jalil ngn saudara auz..tgok artis malaysia yg kunun power..1st 15mins, dah 1-1..goal 20 meters dr farish funus manis tu mmg superb..ade kelas..azman adnan pun main gak tuh..maklumla sejak masuk tv untuk Sehati Berdansa,terus di ajak main..dah pandai menari plak tuh..boyot pun boyot la..janji seronok dan beramal..hehehe..hans isaac pun ade..paling byk bebudak AF la..

Then lepak smpi mlm then drive terus ke cineleasure tgok hitman..best dowh…gaya nye mmg superb,macho etc yg mmg ade dlm setiap ciri2 seorang pembunuh upahan…tp saya prefer tgok bourne identity..lebih real dan sedikit unsur2 kemanusiaan yg boleh difikirkan logik..ala,hitman tu kan diambil dr game..and totally kena same dlm film gak..

hurm..ape nak buat..supervisor bercuti plak..letih nye keje  tp xde keje..

HYDROQUINONE - Mengapa Diharamkan?


Assalamualaikum Warahmatullah…

Pada 21 November yang lepas, keluar berita pembatalan pendaftaran untuk produk Syarikat Sendayu Tinggi iaitu sabun berjenama Cool and Lightening kerana mempunyai sejenis racun yang dipanggil Hydroquinone. Di sini saya sertakan sedikit potongan artikel berkenaan tentang pengharaman tersebut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia:-

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Produk kosmetik jenama Cool and Lightening Soap keluaran Sendayu Tinggi Body dan Skincare (M) Sdn. Bhd. adalah antara barangan yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

Produk itu dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone yang boleh menyebabkan pigmentasi dan risiko kanser kulit. PBKD dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini memberitahu, bahan itu juga boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kemerahan dan perubahan warna kulit selain kulit menjadi terlalu sensitif.

Sebelum daripada peristiwa di atas iaitu pada tahun 2000, Syarikat Nouvelle Beauty Centre juga telah didapati melakukan kesalahan yang sama oleh Kementerian Kesihatan. Dua daripada tiga barangan kosmetik mereka iaitu Night cream dan Peeling cream telah didapati mengandungi bahan beracun hydroquinone.

Apapun ramai selebriti menggunakan hydroquinone. Salah seorang selebriti terkenal di dunia yang dikatakan menggunakan Hydroquinone ialah Michael Jackson.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apakata kita mendalami serba ringkas tentang warna kulit.

BAGAIMANA WARNA KULIT TERHASIL?

Secara normal fisiologi, warna kulit berasal daripada melanin yang merupakan pigmen berwana coklat kegelapan. Melanin dihasilkan daripada melanocytes yang terletak di bawah kulit. Selain daripada kulit, ia juga menjadikan rambut berwarna gelap. Cahaya matahari menjadikan lebih banyak melanin dihasilkan di dalam kulit menyebabkan kulit menjadi semakin gelap (tanned) ketika lama berjemur di bawah cahaya matahari.

Melanin sangat penting kepada kulit kerana ia bertindak sebagai pelindung cahaya matahari. Melanin melindungi cahaya Ultraviolet yang merbahaya daripada menembusi lapisan dalam kulit.

APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone ualah sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquinone adalah untuk membunuh melanocytes, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

Di Malaysia terdapat 2 jenis Hydroquinone yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu Hydroquinone 2% dan Hydroquinone 4%. Peratusan (2% atau 4%) adalah merujuk kepada kandungan hydroquinone di dalam persediaan itu. Adakalanya peratusan hydroquinone boleh mencapai sehingga 10%.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?

Cuma Hydroquinone topikal atau jenis sapu di kulit adalah persediaan yang dibenarkan di Malaysia. Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.

Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4- 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4-6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan.

Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya sebelum ia lama kelamaan berkurangan.

Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar sebelah)

Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.

APA PENDAPAT ANDA?

Mungkin anda ingin menilai semula penggunaan hydroquinone di wajah anda setelah segala fakta ini dibentangkan. Sekiranya hydroquinone hanya dibenarkan pengambilan secara preskripsi, ia adalah satu langkah yang wajar. Ini kerana kebaikan pengambilannya jauh lebih ringan berbanding dengan keburukannya.

Wallahu A’lam.

Cuba baca lawak nih……… Bergegaarr!!

Dear IT Support,(like saya..hehe)

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I’ve tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,

Desperate Housewife

Reply:

Dear Desperate Housewife,

First keep in mind: Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0. If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wavfiles.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,

IT Support 

kui kukui..(petikan dr drazwan.blogspot)

RM 5.4 bilion Untuk Dibakar..Hangus…

(petikan dr drazwanblogspot)


Assalamualaikum Warahmatullah,

Ini adalah petikan daripada Utusan Malaysia hari ini, di muka hadapan 21 November 2007:-

KUALA LUMPUR 20 Nov. –
Tiga juta rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM15 juta sehari bagi membeli rokok, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon. Beliau berkata, angka yang dibelanjakan
itu dijangka terus meningkat berikutan semakin ramai remaja mula merokok.Mengikut statistik Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, jumlah perokok di Malaysia diramal meningkat kepada 3.8 juta orang pada tahun 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.

Menurutnya, peningkatan jumlah perokok itu menyebabkan lebih 10,000 kes kematian di kalangan perokok direkodkan setiap tahun.

‘‘Mereka yang meninggal dunia menyebabkan keluarga kehilangan punca pendapatan sementara yang berpenyakit kronik seperti strok akan terus melibatkan kos rawatan yang tinggi,’’ katanya.

Banyak perkara boleh dilaksanakan dengan RM 15 juta yang dihanguskan oleh 3 juta perokok Malaysia di dalam masa sehari. Itu adalah RM 450 juta sebulan dan 5.4 billion setahun.
Apa yang boleh dilakukan dengan RM 450 juta sebulan atau 5.4 billion setahun?
Kos untuk menghantar Angkasawan Negara kita ialah hampir RM 100 juta. Maknanya kita boleh menghantar 4 orang Angkasawan Negara di dalam masa sebulan atau 48 orang Angkasawan setahun! Lebih hebat daripada orang Russia dan Amerika.
Sekiranya harga sebuah rumah kos rendah adalah sebanyak RM 42,000 sekarang, bermakna kita boleh menyediakan 10,000 buah rumah kos rendah untuk pembangunan rakyat termiskin dalam masa sebulan dan 120,000 buah rumah setahun secara PERCUMA!
Sekiranya kita memberi bantuan kemiskinan sebanyak RM 800.00 sekeluarga, kita boleh membantu 5000 warga miskin tegar selama 10 tahun akan datang tanpa gagal! Mungkin menghapuskan status miskin tegar yang dihajat-hajatkan selama-lamanya.
Sekiranya sebuah hospital canggih di bina dan di uruskan dengan nilai RM 220 juta sebuah, ini bermakna kita boleh membina lebih daripada 24 buah hospital setahun di seluruh Malaysia!

Dengan 5.4 bilion setahun…

Subsidi minyak boleh diteruskan…

Kos rawatan di Hospital diberikan percuma…

Kemiskinan dapat dikurangkan…

Semua tol boleh dihapuskan…

Kita dapat melihat pembaziran ini. Kenapa para perokok tidak?

BAGAIMANA NAK KURANGKAN 50% PENGGUNAAN PETROL

(petikan dari drazwan.blogspot)

Assalamualaikum Warahmatullah…

Presiden Venezuela, Hugo Chaves yang lantang mengkritik Presiden Amerika Syarikat pernah membuat kenyataan baru-baru ini iaitu sekiranya Amerika Syarikat menyerang Iran, yang merupakan sekutu kepada Venezuela, harga setong minyak dunia boleh meningkat kepada USD $200 setong.

Itu adalah senario yang menakutkan sekiranya ia benar-benar berlaku. Berapa agaknya harga seliter petrol di Malaysia ketika itu. Usah ditunggu saat itu, ketika ini pun kita sudah risau dengan cerita minyak naik harga mulai tahun hadapan.

Untuk mengurangkan kerisauan yang bersarang di hati anda, saya ingin berkongsi beberapa tips penting yang saya petik daripada buku "The Money Book - A CAP Guide to Managing Your Money & More" terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Ia adalah sebuah buku berbahasa inggeris yang anda "mesti beli" pada pandangan saya, kerana kepentingan isu-isu yang berkaitan dengan belanjawan diri dan keluarga berdasarkan situasi tempatan.

"MEMANDU UNTUK BERJIMAT"

Dengan memerhatikan tatacara di bawah anda akan dapati bahawa ia akan mengurangkan 30% hingga 50% penggunaan minyak kereta anda.

PEMANASAN ENJIN SELAMA 30 SAAT

  • Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak.
  • Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak. (Kepada yang tak bersetuju… ni CAP yang bagitahu)

ELAKKAN MEMULAKAN PERJALANAN DENGAN KASAR

  • Tekan minyak perlahan-perlahan ketika memulakan perjalanan.

PANDU DENGAN KELAJUAN SEDERHANA

  • Tekan pedal minyak dengan lembut (lembut seumpama ditekan bulu ayam.. CAP yang tulis camtu)
  • Memandu di bawah halaju perjalanan lebih menjimatkan minyak daripada memandu laju.

ELAKKAN MENGGUNAKAN GEAR RENDAH

  • Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam
  • Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata.
  • Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit.
  • Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera
  • Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

CARA MENAIKI BUKIT

  • Memandu menaiki bukit lebih menggunakan minyak.
  • Tingkat kelajuan sebelum menghampiri kawasan bukit.
  • Momentum yang terbina hasil daripada kelajuan tadi memudahkan pendakian. Tidak perlu menekan pedal minyak terlalu kuat yang boleh menyebabkan pembaziran.

JAGA TEKANAN TAYAR

  • Tayar yang tidak cukup angin menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Bukan itu sahaja ia boleh merosakkan tayar dan brek.
  • Tayar yang mempunyai tekanan angin terlalu tinggi juga boleh merosakkan bunga tayar.

PILIH JALAN YANG SESUAI

  • Jalan yang sesak, kerap berhenti boleh membuang masa dan minyak.
    Jalan raya yang kasar, berlubang-lubang dan tidak sekata menambah penggunaan minyak sebanyak 30%.
  • Pilih jalan yang jauh sedikit, rata dan cantik daripada dekat tetapi berbukit, kasar dan sibuk.
  • Cuba pilih tempat parking kereta anda paling hampir dengan pintu masuk bangunan yang ingin dituju.

ANGGAR SITUASI PERJALANAN

  • Cuba jarak kenderaan anda sekurang-kurangnya 2-3 kereta supaya anda tidak perlu kerap berhenti sekiranya kereta depan menekan brek.
  • Brek secara kerap menyebabkan kereta menjadi perlahan. Minyak lebih banyak digunakan untuk memulakan kembali perjalanan.
  • Minyak digunakan 6x lebih banyak untuk memulakan perjalan semula selepas kereta berhenti betul (keadaan pegun) daripada menekan minyak daripada kereta yang masih bergerak perlahan.

ELAKKAN MENUNGGU

  • Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin.
  • Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

ELAKKAN RINTANGAN ANGIN

  • Kereta yang dicipta dengan aero dinamik lebih lancar dan kurang rintangan angin. Oleh sebab itu ia lebih jimat.
  • Untuk mengurangkan rintangan angin, sentiasa memandu dengan menutup tingkap sekiranya halaju melebihi 60 km/jam.
  • Jangan membawa barangan terlalu berat. Berat melebihi 45 kg akan menggunakan minyak 1% lebih daripada biasa.

Ini adalah tips daripada buku yang saya baca yang saya kira agak praktikal. Saya dah mencuba dan nampak ada kesannya. Mungkin anda boleh cuba dan kongsi kejayaan anda bersama-sama saya…

P/s Pssst… saya ada baca satu tips daripada surat khabar… Ia tulis.. kalau nak kurangkan penggunaan minyak.. selalu-selalu lah langgar lampu merah.. hehe :) .. Bukan saya cakap yer.. surat khabar tuh yang tulis… :)