

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)
Saya
pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu
iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah
yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah.
Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan
Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan
baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu
sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi.
Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya
habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak
Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah
kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah
pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya
boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani
Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah,
Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan
yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila
nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan
pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah.
Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah
daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas
kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi
bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail
kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’
Nabi
bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani
Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah
kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia
gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun
temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka
hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga
hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci
oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di
depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat
dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami
masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang
belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam)
iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah
itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada
zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain
seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di
tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau
mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)
Saya
membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia ,
multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah
keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa
masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun
tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet
peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga
kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya
tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik
jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah
SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini
sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, ‘Kalau kamu nak masalah
itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada
aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku
boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.’
Dia
mintak maaf tetapi dia kata ‘Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang
kamu nak??. Saya kata ‘Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak
aku masuk ke dalam Kaabah.’ Dia kata ‘Itu mudah sangat, esok pun aku
boleh arah buka’. Saya kata ‘Tak apalah kamu arahlah’. Dia kata ‘Tak
apa itu perkara kecil, mintak yang lain.’ Saya kata ‘Tidak, itu paling
besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu
sudah lebih daripada cukup.’
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.