APABILA disebut nama
Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa
orangnya. Tetapi sebut saja Ali
Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen ,
semua orang tidak kira yang kecil
atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor
Malaysia dekad 80-an
ini. Azmil, 55 (umur yang dikira
beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di
Malaysia yang melakukan
‘penghijrahan’ daripada kehidupan
yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada
Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem
‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang
diilakonkan setelah syarat-syaratnya
yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai
seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari
Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke
Syria sejak setahun
lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media
Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau
kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya)
yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan
ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru
ini.
Kenapa
saudara memilih untuk ke Syria?
Saya buat solat hajat,
minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk
belajar di
Syria . Dengan duit
yang saya dapat dari menyampaikan
ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di
Malaysia , saya terbang ke
Syria dengan anak-anak
saya.
Saya belajar Bahasa Arab
di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab
Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran
syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab
dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan
syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar
Malaysia
yang ada di
Syria.
Sejak
bila sebenarnya saudara ke
sana ?
Sudah setahun. Saya pergi
redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut
bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik
untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi
kekallah tiga orang yang tinggal
bersama saya di
sana .
Anak saya Noramalia
Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah
kolej Islam antara yang termasyhur
di
Syria . Yang kecil baru
masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama
mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka
mengikuti pengaj ian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas
hati dengan perkembangan mereka.
Puas
hati macam mana?
Dengan perubahan
perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak
pengaruh yang tidak sihat. Cara
hidup moden . Tapi di
sana mereka mengaji Quran
tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan
dijaga.
Malah mereka sempat
menasihati kakak yang pulang ke
Malaysia "jangan tengok
lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.
Di
sana
pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat
pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak
ada.
Kalau di Yaman, negeri
yang berjiran dengan
Syria , dalam bas
kalau hanya ada seorang wanita yang
menjadi penumpang , yang lelaki
tidak akan naik dan sanggup tunggu bas
yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang
timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin
untuk menjaga perkara ini.
Antara perubahan
yang ketara saya dapat lihat adalah
pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar
yang lemah. Semasa bersekolah di
Malaysia , biasanya dia
mendapat kedudukan 35 ke bawah.
Dulu tinggal di Shah
Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wa
yang di KLCC.
Pergi ke sekolah tapi
dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat
pelajar sekolah di
Malaysia .
Sampai di Syria, dia jadi
pelajar yang terbaik. Padahal dalam
kelas ada pelajar-pelajar luar negara
yang lain seperti dari
England , Afrika
Selatan ,
Kazakhstan ,
China dan lain-lain.
Dia yang muncul pelajar
terbaik
Bagaimana
saudara menyara kehidupan di
Syria ?
Tidak ada pendapatan
tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi
tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir
Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun
saya di
sana dan tidak timbul sebarang
masalah besar.
Kita kena yakin rezeki
itu datang daripada Allah.
Ada saja duit
yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana
saya dan anak-anak dikira orang
yang sedang menuntut ilmu.
Malah ia sampai ke tahap
saya kadang kala terpaksa buang makanan
yang diberi oleh jiran kerana terlampau
banyak.
Dan di
sana kita
yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita
yang membayar Syeikh tapi mereka
pula yang member i duit pada kita.
Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang
Syria . Jika tidak pun,
dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun
dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang,
yang dewasa akan menyediakan
gula-gula dalam poket untuk diberi kepada
kanak-kanak.
Saya juga terkejut kerana
kadang-kadang menerima sumbangan
yang nilainya mencecah RM1000. Kalau
yang kaya lebih lagilah mereka
sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang
menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada
fakir miskin dalam bulan Ramadhan.
Kenapa
saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara
sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu
ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang
Islam?
Bumi
Syria ini ada
kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah
yang tidak berasaskan kepada Islam.
Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution
dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana
University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah
belajar dan khatam al-Quran.
(Di Amerika , Azmil
belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem.
Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar
pulang ke
Malaysia oleh Jabatan
Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan
orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah)
menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja
sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar
yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk
berbuat demikian. Ayahnya Dato’ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di
Universiti Malaya dan Universiti Sains
Malaysia tidak mahu
Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred
A
Mula-mula saya berubah
dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan
rumi. Nak sembah yang semua ayat
kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya
ke
Syria .
Di
sana ,
anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahny
a. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat
keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar
anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak
betul, dia pun minta anak muridnya
yang lain tolong ajarkan anak-anak
saya.
Tapi alhamdulillah berkat
mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka
surat dengan senang. Ini memang
saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam
(
Syria ), bumi para
anbiya’.
Dahulu negara ini
tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya.
Apabila
Syria disisihkan, ia
sebenarnya terselamat.
Macam di Malaysia,
apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan
kita.
Budak-budak sekarang
budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut
budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya
tetap dari pengaruh yang menyimpang
dari ajaran Islam.
Adakah
kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa
anak-anak jauh dari Malaysia ? 
Sebab benda inilah saya
bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan
yang tegur saya " Jadi anak kamu
ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu
kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja.
Ada ijazah UM pun tak ada kerja.
Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari
Allah.
Sekarang anak-anak saya
sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah
satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek
atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah
filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?
Memberi
pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain
mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam
saudara.?
Saya rasa kalau kita ajar
anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin
akan mecurahkan kemudahan kepadanya.
Sekarang kita kongsi
raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan
yang lain. Kita membandingkan
ajaran Islam dengan yang Barat.
Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum
Allah dengan hukum kafir. Inilah
yang saya nampak masalah kita pada hari
ini.
Ini pun nak berlaku di
Syria pada hari ini.
Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih
‘terjajah’.
Syria ini dia baru
terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau
kita di
Malaysia , kerosakan
bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan
England dan
Amerika.
Tetapi bagi saya , kalau
orang
Syria nak ikut barat
pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak
mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau
yang Melayu nak
tiru.
Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu
?
Di Syria, guru-guru
yang pegangannya kuat masih
bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak
yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka
yang nak kepada Islam sedikit,
yang nak kepada barat
banyak.
Dari sekolah itu
yang diajar. Su paya kita
bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat
persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di
England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang
sambung belajar itu ti dak seberapa.
Apa
yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri
kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan
diri masuk ke institusi dan sistem
yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri
Islam..
Dan
yang peliknya, orang tidak bimbang kalau
yang keluar tingkatan enam sekolah
biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak
kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman
dulu lagi dan kita tidak sedar.
Saya cakap kepada seorang
sahabat di
Syria kenapa kamu
ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya
apa yang berlaku. Dia kata mereka
pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah.
Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram.
Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian
yang membangun hanya bangunan dan jalan raya.
Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan.
Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan
sebegitu.
Kenapa
remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya
hiburan?
Sebab memang sudah
disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk
membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem
yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau
ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah
keseronokan.
Kalau kita tengok babak
dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee
sudah ada.
Sejak sekolah lagi ,
anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat.
Ada sukan
gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh
bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum
syariah ? Itu masalah kita.
Pada
pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak
diselesaikan?
Sekarang kita taat pada
hukum yang tidak berpaksikan Islam.
Undang-undang yang dimulakan oleh
British dahulu.
Cuba kita gunakan hukum
syariah, saya percaya gejala sosial
yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab
kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum
Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan
anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah
sekarang.
Bagaimana
kita nak menyedarkan masyarakat?
Islam ini mesti
dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri
sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa
sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah
melihat.
Sebab itu kita kena buat
pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut
syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap
benda
yang t berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita
kena buat pilihan antara yang benar
dengan yang tidak. Gunakan
akal.
Islam ini agama untuk
yang tahu berfikir. Bukan taat buta
tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir
tentang keesaan Allah. Ini yang
kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa
yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut
cara Islam barulah ada keberkatan.
Berbalik
kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih
baik?
Boleh kalau industri kita
industri yang beriman. Tapi
industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong
Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini
yang
bahayanya.
Nasihat kepada
rakan artis
Pendek sahaja ; Allah melihat apa
yang kamu
buat.