Part of my life..

“Once upon a time,this blog 90% is all about my life.Butta…Now,totally no time to blogging. But as die hard blog writer,I try to archieve 45%. The other 55%, dll “.

Archive for December, 2008


Al-Fatihah keatas Tuanku Jaa’far -Yang Dipertuan Besar NS

sedikit petikan dari Utusan:

Almarhum Tuanku Ja’afar mangkat pada pukul 11.45 pagi, Sabtu lalu di Hospital Tuanku Ja’afar setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengadu sakit kepala dan rasa tidak selesa.

Jenazah Almarhum disembahyangkan di Istana Besar Seri Menanti dengan diimamkan oleh Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad diikuti lebih 1,000 jemaah yang terdiri daripada kerabat, pembesar negeri, orang kenamaan dan ketua jabatan pada pukul 4.30 petang ini.

Sementara itu di Makam Diraja, jenazah Almarhum diturunkan ke liang lahad pada pukul 5.30 petang diikuti bacaan talkin oleh Murtadza sebelum Tuanku Ampuan Najihah menyiram air mawar disusuli oleh Tuanku Muhriz, kerabat diraja dan pemimpin negara.

Pada sebelah malamnya, diadakan bacaan tahlil di Masjid Tuanku Munawir serta seluruh masjid dan surau di negeri ini.

Suasana sayu menyelubungi Istiadat Pemakaman Diraja bermula sebaik sahaja jenazah Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, 86 dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti

Perjalanan terakhir Almarhum dengan menaiki pedati dinamakan ‘Maharaja Diraja’ ditarik secara perlahan-lahan sejauh 400 meter oleh 52 anggota dari 24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Rasah ke Makam Diraja.

Pada masa yang sama, pemergian baginda diiringi 86 das tembakan meriam oleh anggota 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja, Kem Sungai Buloh sebagai menghormati kemangkatan baginda yang telah memerintah negeri ini selama 41 tahun.

p/s:Ayah ana mengucapkan ribuan terima kasih dan takziah kepada keluarga tuanku selurunye. semasa pemerintahan baginda lah,ayah ana dianugerahkan tokoh Maulidul Rasul pada tahun 1996.. semoga roh tuanku dicucuri rahmat..

tapi kan ana pelik,ana tak nmpk kelibat yang dipertuan Agung,Sultan Mizan Zainal Abidin di majlis pemakaman dan sambutan maal hijrah..ke mana bagina pergi?..hm..rakyat tertanya2..

salam maal hijrah 1430

Ana mengucapkan selamat mengharungi tahun baru yang gemilang…semoga apa yang didoakan dan dihajati atau tidak terlaksana pada tahun lepas akan tercapai pada tahun baru ini insyaAllah…

persoalan nya sekarang..apa azam ana..apakah perubahan pada tahun baru ini yg perlu diperbaiki dan mahu dilakukan..jawapannya?..nantilah ana tulis..hehe..

 

p/s:orang lain cuti,tapi ana keja..huhu…xpe kerja itu ibadah..(ceh,padahal liat nak mam#$% bangun pagi td..terpakse keje..sbb cuti harini dah carry back ke jumaat lepas(selalu dgr perkataan carry forward kan)..

 

LayaannZass..Memang tak!

Amalan Berdoa Awal dan Akhir Tahun: Sunnah atau Bidaah?..

(pesanan ana: bacalah.ambillah mase sedikit.walaupun panjang lebar pun artikel kat bawah ni,insyaAllah ia ilmu berguna.. xpun bace yg mane sy highlitekan..)selamat membaca

Pihak JAKIM (jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa amalan membaca doa awal dan akhir tahun adalah tidak thabit dari sunnah, bahkan hadisnya palsu.

Amalan Berdoa Awal dan Akhir Tahun
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Thursday, 18 January 2007
oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Semalam, 17 januari 2007, dalam satu kuliah untuk muslimat tentang ma`al hijrah, seorang muslimat menimbulkan persoalan: amalan-amalan yang sudah biasa dilakukan oleh orang Melayu sejak beberapa lama tentu ada sandarannya daripada al-Quran dan Sunnah. Contohnya amalan berhimpun malam nisf Sya`ban. Persoalan ini beliau timbulkan apabila saya membangkitkan persoalan amalan baca doa awal dan akhir tahun. Menarik juga soalan dan hujahan ini.

Ia menggambarkan cara berfikir masyarakat awam. Mereka meletakkan keyakinan penuh kepada ahli-ahli agama. Amalan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli agama sejak berzaman tentu ada sandarannya. Ahli-ahli agama yang dimaksudkan oleh saya di sini ialah para imam di masjid dan surau dan mereka yang bergelar “asatizah” ; guru-guru agama.

Keyakinan tinggi mereka kepada perlakuan ahli agama ini memang tepat. Orang yang jahil tentu bergantung ilmu kepada yang lebih alim. Dalam konteks masyarakat awam tentu mereka menggantungkan kepercayaan ilmu sepenuhnya kepada ahli agama yang hampir dengan mereka. Mereka yakin, ahli agama tentuna merujuk kepada al-Qur’an dan hadith.

Tinggal lagi persoalan ialah bagi pihak ahli agama itu sendiri. Adakah amalan yang dilakukan adalah berasaskan ilmu dan pengkajian? Dengan merujuk kepada al-Qur’an dan hadis? Merujuk kepada tulisan ulama mu`tabar? Atau berdasarkan ikutan pada perlakuan orang sebelumnya? Ahli agama perlu sentiasa menambahkan ilmu. Perlakuan mereka mesti berasaskan ilmu. Maksud ilmu ialah dengan merujuk kepada al-Qur’an, al-Hadith dan perbahasan tokoh-tokoh ulama.

Persoalan yang penting di sini; adakah amalan membaca doa awal dan akhir tahun dilakukan oleh tokoh-tokoh ulama? Adakah ia sememangnya disebut oleh ulama-ulama besar hatta dalam mazhab Shafi`I? Saya melihat amalan membaca doa ini hanya dinukilkan dalam buku-buku amalan yang ditulis dan disebarkan secara meluas di alam Melayu. Buku-buku ini pula tidak menyebut sumber rujukan amalan tersebut. Apa hadithnya? Siapakah kalangan ulama silam yang memperakuina? Justeru, masalah sebenarnya ialah pada penulis-penulis buku-buku amalan ini. Mereka sebenarnya hanya mencatatkan amalan itu berasaskan amalan yang telah diterima turun temurun diamalkan di masjid-masjid dan surau-surau. Bukan berasaskan rujukan kepada tulisan ulama muktabar. Di sinilah masalahnya.

Hari ini rujukan para guru agama lebih meluas. Mereka merujuk kepada tulisan-tulisan ulama-ulama terkenal di zaman silam dan ulama terkenal kontemporari. Mereka mendapati amalan membaca doa awal dan akhir tahun ini tidak disebut oleh para ulama terkenal. Amalan ini tidak pernah berlaku dizaman Rasulullah saw malah pada zaman sahabat. Ia juga tidak diamalkan oleh tokoh-tokoh ulama. Bagimana ia menyerap masuk dan diamalkan di alam Melau? Saya tak ada jawapan bagi persoalan ini.

Apa pun, tinggalkan hakikat ini dulu. Kita berpindah pada hakikat yang lebih penting, yang boleh menentukan samada amalan yang dibuat itu tepat atau tidak. Cukup untuk memahami persoalan ini dengan merujuk sejarah penentuan tahun Islam. Ia hanya berlaku pada zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah. Ia dinukilkan oleh Abu Nu`aim dalam karya tarikh beliau. Sebelumnya umat Islam hanya menggunakan hari dan bulan tanpa tahun. Umar yang berijtihad mencipta tahun berdasarkan peristiwa hijrah Rasulullah saw. Justeru ia dikenali sebagai Tahun Hijri. Umar juga yang berijtihad menentukan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar hijri ini.

Ceritanya panjang akan saya bicarakan kemudian. Jadi, kalau penentuan tahun berlaku zaman umar, tentunya penentuan awal tahun juga berlaku zaman Umar. Jika berlaku zaman Umar, amat mustahil amalan membaca doa awal tahun dan akhir tahun berlaku zaman nabi. Juga amat mustahil doa itu dibaca oleh Nabi saw.

Justeru, jangan sama sekali menyandarkan amalan tersebut kepada nabi saw. Jangan menyandarkan doa tersebut kepada nabi! Inilah keyakinan yang salah! Begitu juga dengan amalan membaca Yasin dan diniatkan tiga perkara; panjang umur, murah rezeki dan mati dalam iman. Tak ada satu nas daripada ulama yang menggesa umat melakukan amalan ini. Apatah lagi sumber Islam iaitu al-Qur’an dan Sunnah.

Amalan berdoa awal tahun dan akhir tahun serta membaca Yasin dengan tiga niat tadi tidak pernah dilakukan oleh para sahabat. Bahkan juga para ulama yang mu`tabar. Justeru, kenapa begitu bersemangat untuk melakukan amalan yang tidak dilakukan oleh generasi awal Islam dan tokoh ulama Islam? Baginda bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِيْنَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya: “sesiapa yang mengada-adakan di kalangan kami sesuatu yang bukan daripadanya (agama) maka ia tertolak”. Namun, untuk berhimpun di awal tahun, bagi saya tidak ada kesalahannya. Sememangnya kita sepatutnya berhimpun setiap malam di rumah-rumah Allah. Tapi jadikan malam itu sebagai malam ilmu dengan disampaikan kuliah tentang Islam dan sejarah hijrah Rasulillah saw. Alangkah baiknya.

Tapi, macamana kalau mereka nak lakukan juga? Kata Imam Ahmad; jelaskan kepada umat apa itu sunnah, dan jangan bertekak bertegang leher! Jadi, sampaikan kepada mereka apa yang benar. Jika mereka berdegil, biarkan….mudah-mudahan di kesempatan lain boleh kita betulkan. Jangan pula lari meninggalkan masjid. Jangan jadikan dia sebagai medan perpecahan ummat. Perlakuan membaca Yasin bukannya haram. Tapi keyakinan mereka yang mesti diperbetulkan.

Doa Awal dan Akhir Tahun

Posted on December 26, 2008 by abuumair1

 

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.

Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.

Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.

Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)

Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.

Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.

Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).

Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak.

Wallahu A’lam.

Abu Umair,

28 Zulhijjah 1429

 

p/s: pendapat ana,kalau tiada majlis seperti ini yg kita lihat dalam tv dimana RTM menyiarkan siaran langsung,tak tahulah nak cakap macamana.maybe ana lalai,jahil dan tak tahu langsung bile awal Muharram(Maal Hijrah)..tp jgn buat siaran langsung baca doa awal dan akhir saja,sambungla terus ke tahlil dan doa selamat..kan lebih baik ..sebagai media elektronik kerajaan,RTM dan yang lain seharusnya mengingatkan muslimin dan muslimat di Malaysia mengenai hari-hari baik dan amalan baik dalam bulan Islam..bukan menyiarkan konsert-konsert awal tahun 2009,konsert merdeka atau jom heboh yg sememang nya terus melalaikan kita..(hahaha.mesti ade orang marah kalau bace komen ana pasni..xpe,ana pun pernah gi sure heboh gak walaupun dah 2 tahun x gi..hehe)insyaAllah,doa lah bila2..kerana sbg muslim,doa adalah senjata kita…insyaAllah..

 

 

Layaann..Zaas..Memang tak!!

Hirose Junko: Temui Jawapan Melalui Al-Qur’an.

 

 

saya paparkan kisah menarik seorang wanita Jepun, bagaimana beliau memanfaatkan Al-Quran sebagai perlembagaan dalam kehidupan beliau. Beliau adalah pensyarah bahasa Jepun, di MARA-OISCA Japanese Centre. Namanya, Fitrah Hirose Junko yang mengakui banyak perubahan dialami sejak memeluk Islam di Masjid Kobe, Jepun pada Februari 1998.

 

Fitrah, 41, juga merupakan peneraju Perhimpunan Muslimah KL-Jepun sejak 2003 merasakan titik tolak kepada penubuhan persatuan untuk kaum Muslimat Jepun ini atas kesedaran beliau tentang kepentingan mempertajamkan ilmu agama dan Al-Quran apabila bergelar Muslim.

Alhamdulillah, dengan sokongan dari wakil Persatuan Muslim Jepun di Malaysia, Ustaz Abdul Wasei Haruka Kimura, kelas-kelas pengajian Islam berjaya dilaksanakan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

 

Dahulu, pemahaman saya tentang agama itu kabur tetapi menerusi al-Quran, saya temui jawapan yang jelas. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya. Akui Fitrah.

Wanita ini menjejak kaki di bumi Malaysia pada Februari 1999 kerana mengikuti program pengajian Al-Quran anjuran Majlis Dakwah Islamiah Rantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEP) selama sebulan. Fitrah dan seorang teman senegaranya mengambil keputusan menyambung pengajian dengan biaya sendiri. Akhirnya mendapat peluang mengajar bahasa Jepun kepada pelajar-pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sehingga ke hari ini.

Di bumi Malaysia ini jugalah menyaksikan detik bersejarah buat anak kelahiran Pulau Shikoku, Jepun ini yang pernah bekerja sebagai jururawat di Osaka Jepun, mengakhiri zaman bujangnya dengan Ahmad Tajudin Abdul Zawawi, 48. Perkahwinan yang dibina atas rasa keikhlasan diceriakan dengan kehadiran anak-anak tiri yang masih kecil dan baru kehilangan ibu tersayang akibat kanser. Perkahwinan Ahmad Tajuddin sebelum ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Syazwan, 20, Nor Syazwani, 19, Ahmad Syazwi, 17 dan Nor Syazwina, 12. Hasil perkahwinan dengan Fitrah mereka dikurnikan Nor Maryam, 5, dan Amir Syaaban, 2.

 

Menurut beliau, pemahaman dan pandangan beliau berkaitan agama semakin jelas selepas mengikuti rombongan sukarelawan perubatan Jepun ke Nepal pada 1997. Pada masa itu, usia Fitrah baru 27 tahun dan belum bergelar Muslim. Naluri suka membantu mereka yang di dalam kesusahan mendorongnya bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan terutamanya membantu penduduk dari negara-negara miskin.

 

Sebelum ke Nepal, saya memang giat membantu menjual produk-produk kraf dari Nepal di Osaka. Hasil jualan disalurkan untuk membantu anak-anak yatim Nepal. Pada Mei 1997, di bawah Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak Nepal, kami seramai 20 sukarelawan menjejakkan kaki di Nepal… Kehidupan mereka yang daif, melarat, kotor dan serba kekurangan amat menyentuh hati saya. Apabila melihat mereka meminta-minta sesuatu untuk dimakan begitu, menyebabkan saya tidak menyangka ada yang lebih susah berbanding kami yang jauh merasai erti maju dan kekayaan,” katanya.

Rombongan itu meneruskan perjalanan ke sebuah perkampungan terpencil, Kampung Tharu di Chitawan yang terletak kira-kira sejam menaiki pesawat dari Kathmandu, Nepal. Sungguhpun, tidak lama di sana tetapi ia membawa kesan mendalam terutamanya dari segi gambaran kehidupan di dunia ini. Sejak itu, Fitrah mula memikirkan ketidakadilan terhadap mereka yang langsung tidak merasai kesenangan sehinggalah mereka mati. Persoalan seperti ada tidak kehidupan selepas kematian sentiasa berlegar-legar dalam fikirannya.

Sekembalinya ke Jepun, bagi Fitrah anak sulung dari 3 beradik ini dan ahli-ahli pertubuhannya sentiasa berbincang sesama ahli yang pelbagai bangsa dan negara tentang pengalaman mereka yang pernah ke Nepal.

 

Mereka ada sebut tentang Islam. Saya ke perpustakaan dan baca tentang Islam. Keesokannya, saya bertemu dengan seorang Muslim dan diberitahu bahawa di Masjid Kobe ada seorang Jepun yang mengajarkan Islam bernama Salwa yang telah berkahwin dengan lelaki Mesir,” katanya.

Bermula di situlah pelbagai persoalan yang membebani fikirannya terjawab satu persatu. Sesuatu yang luar biasa berlaku kepada Fitrah apabila timbul sahaja kemusykilan, beliau akan memperoleh jawapannya menerusi al-Quran.

 

Ini menambah keyakinan dan kepercayaan saya kepada agama Islam. Dari situ jugalah saya menyedari agama Islam adalah satu-satunya agama yang menjelaskan tentang kehidupan selepas mati itu adalah kekal secara jelas…Kehidupan di dunia adalah sementara dan ia adalah ujian kepada manusia. Lantaran itu, mereka yang benar-benar beriman dengan Allah dan Rasul, akan kekal bahagia, akui Fitrah yang mula berhadapan dengan pelbagai tekanan hebat selepas bergelar Muslim.

 

Menurutnya, selepas pulang bercuti dari Turki dan Syria, beliau mula selesa dengan pemakaian tudung sehingga tidak sanggup menanggalkannya apabila pulang ke Jepun dan meneruskan tugas kembali.

 

Saya pergi kerja seperti biasa, cuma kali ini saya memakai tudung. Pada sebelah tengah hari, ketua memanggil saya dan mempersoalkan tindakan saya… Dia juga menyuruh saya membukanya tetapi saya enggan. Akibatnya, saya diberhentikan serta merta,” jelasnya.

 

Setelah tidak lagi mempunyai pekerjaan di Osaka, Fitrah kembali ke Kobe di mana beliau mendalami Islam. Salwa mengesyorkan beliau mengikuti program di bawah RISEP kerana menurutnya, masanya boleh terluang dengan perkara berfaedah. Inilah yang membawanya ke Malaysia.

 

Alhamdulillah, saya berkenalan dengan beberapa Muslim Jepun yang sudah lama menetap di sini. Menerusi bantuan kawan, saya mendapat tawaran mengajar memandangkan guru yang sedia ada akan bersara… Saya pulang ke Jepun untuk mengikuti kursus mengajar bahasa Jepun selama 3 bulan sebelum boleh menjawat jawatan guru bahasa Jepun di MARA, akur Fitrah mengimbas solat dan doa yang dipohon selepas kehilangan pekerjaan rupa-rupanya termakbul dan dirasai sekarang ini.

 

Ditanya apakah yang masih dicita-citakan, Fitrah berhasrat memperbaiki kelas-kelas pengajian agama anjuran Perhimpunan Muslimah KL-Jepun dari semasa ke semasa.

 

Apa yang sedang saya usahakan sekarang ialah menunaikan haji kerana saya ingin benar menyaksikan kebenaran Islam di depan mata tidak sekadar dengan mengikuti sejarah keagungan Islam menerusi pembacaan. Alhamdulillah kursus haji telah saya ikuti pada tahun lepas… Di samping itu, kepada pelajar-pelajar saya yang akan bekerja di Jepun agar dapat menunjukkan Islam yang sebenar. Ini kerana masyarakat Jepun masih beranggapan, Islam adalah agama yang kasar dan ganas.

Untuk berdakwah cara tradisional bukanlah jawapannya kerana bagi saya walaupun orang Jepun tidak ada agama namun pandangan mereka tentang aspek kebersihan, penjagaan masa, hormat-menghormati dan banyak lagi adalah terbaik. Sebab itulah agak sukar untuk berdakwah, cuma yang saya harapkan ialah hidayah daripada Allah,” kata Fitrah yang merahsiakan pengIslamannya daripada pengetahuan keluarga selama setengah tahun.

Kini, alhamdulillah keluarga semakin terbuka dan menerima saya dan anak-anak termasuk anak-anak tiri dan suami. Fitrah juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasihnya kepada suami yang begitu memahami, bertolak ansur, sentiasa menyokong, baik hati dan sentiasa ringan tulang.”

 

Demikianlah catatan santai di aidufitri kali ini yang disunting dari www.axx.com Insya Allah bertemu lagi akan datang…

 

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Kata-kata yang meremangkan tengkuk daripada mangkuk2 yang kurang ajar..(ini lah jadinya kalau dah liberal sangat)…

Mungkin SERBAN PARA MUFTI TERLALU KETAT maka sebab itu TIDAK CUKUP OKSIGEN untuk menyerap KE DALAM OTAK MEREKA. Mereka tidak berfikiran waras… Dari semasa ke semasa PARA ULAMA TIDAK PERNAH GAGAL untuk mengemukakan PANDANGAN YANG TIDAK MASUK AKAL DAN BEBAL.”

(Akbar Ali, Now The Mufti Blame Hindi Film, The SUN, 21 FEB 2001)

“Oleh itu persoalan yang perlu dilihat oleh masyarakat hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula untuk diamalkan di sisi undang-undang sivil bagi bukan Muslim, tetapi sama ada IA PATUT DITERUSKAN DI SISI UNDANG-UNDANG ISLAM.”
(Sisters In Islam, Islam Did Not Invent or Encourage Polygamy, 10 Jan 2002)

“Nabi dilihat oleh penganut Islam awal SEBAGAI KETUA SUKU dan ramai daripada mereka yang menyokongnya berdasarkan kepada semangat asabiyyah atau kesukuan.”
(Dr, Farish A. Noor, The Myth Surrounding the Islamic State, NST, 1 DEC 2001)

“Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan kerana itu ketaatan awal kepadanya diberi kerana dia adalah pemimpin suku yang lebih terserlah daripada pemimpin agama… ISLAM adalah suatu wacana dan sebuah wacana adalah terbuka, BOLEH DICABAR dan plastik…”
(Dr, Farish A. Noor, Intellectual Provocateur, The Edge, 3 DEC 2001)

“Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk seorang gundik bernama Raihana yang tidak Islam sehingga ke akhir hayatnya.”
(Farish A. Noor, Let Islam Lead Way With Its Progressive View On Sexuallity, NST, 4 NOV 2000)

“Al Quran mengiszinkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kemudian kekal kafir… TIDAK ADA HUKUMAN APA JUA SEKALIPUN yang dinyatakan ke atas orang murtad selain daripada janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya atau memberinya petunjuk kepada jalan yang lurus. Inilah janji Tuhan. Inilah undang-undang-Nya.”
(Akbar Ali, Death For Apostates Unjust, The SUN, 4 JULY 1999)

“Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.”
(Dato’ Seri Najib Tun Razak, Utusan Malaysia, 20 APRIL 1993)

“Menjadikan selain Kitab Allah (iaitu Hadis) sebagai sumber undang-undang, yakni menduakan sumber kuasa samalah dengan menyekutukan Tuhan.”
(Kassim Ahmad, Utusan Malaysia, 1 JULAI 1988)

“Jika al-Quran Perlembagaan, mengapakah Nabi Muhammad menggubal Perlembagaan Madinah dalam pembangunan negara Islam yang pertama di Tanah Arab dulu?”
(Dato’ Haji Dusuki Ahmad, Utusan Malaysia, 22 SEP 1984

Daulat Tuanku!!!…dayang,Hiburkan patik dengan gelekan dan alunan timur tengah.. Sehati Berdansa..huhu

 

pic mase Raya Aidilfitri…sorila kengkawan.lambat sangat post..baru dapat dari uncle kat kg..(dah raya haji baru nak post raya puase..apeda)..x sangka dia sempat amik pic yang sour sour sweet nih..huhu..pic raye haji nnti lagi 3 bulan ek baru upload k..huhu..ahlan ya ahlan..

LayaanZass..memang tak!!!!

helmi jadi keeper macam budak sekolah?..HAMPEh~~~

Bodoh piang betul la..asyik2 kalah je memanjang..ni kes amik penjaga gol budak sekolah la ni…aduh…sape tgok bola ,die mesti tahu pyer…sbb team negara kalah with silly mistake semalam..bak kate alia hotfm- “How come You…”

Kecewa gile…

Tapi keje tetap diteruskan…life must go on.. khamis cuti..birthday sultan Sgor..nak pasang gigi geraham emas kat Mont Kiara.

 

P/s:padahal nak cabut gigi dah goyang..=p

 

Layaan.Zaaas.Memang tak!!!!

Nanti ana post pic duyung terlepas mase raye aidilfitri..huhu..hampeh..

Beraya tanpa ayah?..Al-Fatihah kepada yang terkorban.

 

Salam..jangan salah sangka dengan tajuk di atas..sengaja ditulis sebegitu..untuk ente2 membaca kisah ana seterusnya..

Maksud  tajuk di atas: menyambut aidiladha di kampong sementara yanda bertugas. Al kisah yande ana bertugas sebagai fire fighter officer laah. Maka die ditugaskan standby di bukit antrabangsa.itu yang tu tak dpat balik tu..ini 2nd time die xdpt beraya bersama keluarga(sepanjang yang ana tahu la).1st ,mase bonda yande gi menunai kan haji..

 

Lepas solat aidiladha, ana sekeluarga terus balik KL mengenangkan yande ana tinggal sorang.Bila sudah sampai dengan selamat, yande ana kelihatan lemah.rupa die sakit perut.chery bery laah..sbb ade amik makanan yang disediakan di kawasan tanah runtuh  kat bukit antarabangsa.Ingat kan penat sangat kerana bertugas.

 

Takziah kepada 4 mangsa yang terkorban di dalam runtuhan, yang terkorban dalam nahas kemalangan bas di lebuh raya tangkak-pagoh(tempat ana tu),mangsa banjir di kelantan dan Terengganu..

Dan kepada yang terkorban  -  Al- Fatihah~

 

p/s: satu lirik yang memang menyentuh hati ana attach kat sini ek..Labaikallah hu malabbaik!!

 

 

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni’mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu’
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

perhatian untuk kawan2 shabat handai yang mengenali firdaus denan

si auz, kawan kita ni, kena tahan kat hospital sg.buloh. wad 7b, katil empok. =p

die kena denggi.mule kena sejak khamis lepas. tp masuk wad isnin haritu.. semalam ana sudah visit sama dia la..die kata keadaan ade sedikit baek, compare ahad lepas,smpi menggigil2, muntah,x bermaya..

ana tak tahu plak.ana bawa coklat dalam kotak sbg buah tangan.tapi die tak boleh minum.nnti muntah.( tak sempat nak beli ape,balik dari office, terus pergi hospital.singgah jela mane2. dah cari 3 kedai, tapi semua tak jual buah2an).

pandai2 la highlight kat atas tu …yang ade blank2 kat atas tu. saje je.=p

kesian sahabat ana ni, tak lama je lagi nak naik pelamin.tapi macam2 jadi. dapat jugak la bersua semalam dengan tunang dia.

ana pun terpaksa menolak pelawaan beliau untuk jadi pengkapit@ pengipas. dia.jauh pulak.kat perlis.hari jumaat plak(kat perlis weekend cuti hari jumaat dan sabtu).sabtu pulak ana kerja ganti.aduuh..memang tak boleh langsung.cuti memang tak dapat,sebab baru keje.nak tak nak,terpaksa tolak la “my fren”..

 

maybe wedding sebelah die,ana boleh kot.janji sabtu dan ahad la..hari lain tak boleh.hehe.

ok la..ana kuar dulu ye..salam berjumpe lagi.wa tammat.

p/s: kalau ada masa,dtg la melawat si auz tu..

 

Layaaan.Zaaas.memang TAK!!

Hari-hari yang tidak selalu…menjadi selalu..yang penting jangan ambil kisah sangat…

Hampir 2 bulan purnama.sudah banyak hari balik kerja melebihi 10 jam..10 jam?selalu ..kadang-kadang 12 jam..jarang-jarang je 14 jam. Dah 2 kali 18 jam. 18 jam? Percayala..kadang kite perlu berkorban diri.kerana kerja itu ibadah. Bila niat itu betul,err..

Senang cerita,jikalau kita sebagai hamba Allah melakukan satu-satu perkara  kerana Allah ,insyaAllah.. anda fakir la sendiri. Nikmatnya…fuuh..masyaAllah.. dan ana selalu bersyukur, kerana sekarang ni, ada hamba Allah lain kerja shift sampai berhari-hari, tap masih tidak cukup menampung hidup dek arus kemahalan segala. Sebenarnya ada kerja yang mudah dan boleh mendapat pulangan yang memberansangkan. Tetapi bagaimana ana atau ente  mendefinisikan kerja yang mudah itu? Bergantung la bagaimana ente mentafsirkan kerana isu itu subjektif dan mengikut keupayaan ente masing2.  yang penting,ente senang dan gembira dengan ape yang ente lakukan. That’s the most important thing selain working environment,politik etc..

 

p/s: Nasib baik petrol dah turun ke 1.90 sen  

       Hehe start harini ..kereta ana boleh masuk minyak ron 92, maka dapatla 

      1.80 sen..syukran… Kurrr ..kurrr..

 

      shahril samad memang suka jaga hati rakyat.